Jenama Qirani menawarkan lebih 25 design yang kebanyakannya polos tetapi dipelbagaikan dengan kombinasi warna serta corak dan tambahan sepeti tali dan hood. Qirani dicipta khusus untuk gadis-gadis remaja kerana itu designnya agak trendy dan ukurannya lebih kecil (dibahagian dada) dibandingkan dengan jenama lain. Sekiranya anda biasa memakai siz M, untuk Qirani, anda perlu memilih L. Kami hanya menawarkan design yang 'best seller' beserta pilihan warna yang dinyatakan sahaja. Stok yang ada akan di update dari masa ke semasa. Permintaan untuk design yang tiada di dalam stok mengambil masa yang lama (melebihi 15 hari).